3.9.15

Sudah 2 tahun bersama Lenovo S920

Lenovo S920 spec, Harga handset Lenovo S920, Ciri-ciri handset Lenovo S920


Assalamualaikum

Diam tak diam dah dua tahun PapaG guna lenovo S920 ni. Lama jugak kan? Dalam masa 2 tahun ni lenovo S920 ni la yang membantu dalam update entri, blogwalking ambil gambar dan macam-macam lagi la. Lebih-lebih lagi masa PapaG belom beli laptop. For your info, PapaG berblog guna handset je masa awal-awal dulu. Creat akaun di bloger pun guna lenovo S920 ni la. Lepas 4 bulan baru la beli laptop. Sebab dah cukup duit simpanan. 
Lenovo-S920-spec-Harga-handset-Lenovo-S920-Ciri-ciri-handset-Lenovo-S920
Amek dari google sebab takde camera lain nak amek picture henset sendiri (^_^)y

Spesifikasi Lenovo S920

Nak tahu kenapa dulu PapaG beli handset ni? Sebab harga dia ala-ala mampu milik gitu la. Specifikasi pun macam ok jer. Dulu masa beli hp ni tiada niat langsung nak jadi blogger. Selepas membeli beberapa bulan baru la tergedik-gedik nak creat blog. Hurmm. Dengan specifikasi yang ade, PapaG layan kan je la.

Antara ciri-ciri Lenovo S920:
  • MTK 6589 1.2 GHz Quad-Core Processor
  • 1GB RAM
  • 4GB Internal Storage, Expandable via microSD Card
  • 5.3-inches HD IPS Display, 1280 x 720 resolution with OGS Technology
  • Dual SIM, Dual Standby
  • 8.0-megapixel primary camera
  • 2.0-megapixel secondary camera
  • 3G, HSPA+, WiFi, WiFi Hotspot, FM Radio, GPS/aGPS, Bluetooth
  • 2,250mAh Battey
  • Android Jelly Bean 4.2
Kalau tengok pada ciri-ciri di atas ni PapaG boleh katakan ok bagi mereka yang inginkan handset smartphone bespecifikasi tinggi pada harga yang rendah. Orang kata dengan perisian Quad-Core processor tu cukup baik untuk menyokong aktiviti agak berat untuk sesebuah handset. Walaupun kadang-kala ade jugak hang. Tapi still boleh di terima la. Yela, standard hargalah katakan. Boleh bayangkan harga masa PapaG beli RM 700++. Sekarang tak pasti berapa harga dia. Maaf la PapaG bukan gila gajet yang rajin buat perbandingan harga dan juga perbandingan fungsi. 

Yang pasti maybe its time to change. Orang jawa kata nak tukar handset baru. Tapi......... Nanti dulu la. Tunggu bajet penuh. Kalau tak pun dapat durian runtuh menang Giveaway ke.. Segmen ke.. Mana tau kan? Hehehe. Amiinn. Aminn.. Aminn.. BTW, sedang jeling-jeling manja Iphongggg 6 plus yang terbaru ni. #Pitam

p/s: Senanya ade something yang tak best pasal Lenovo S920 yang PapaG guna ni. Nanti PapaG kongsikan yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com