Teks MC | Teks Pengacara Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan

Teks MC | Teks Pengacara Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan

 Assalamualaikum semua.

Bulan Ramadhan yang lalu aku diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis ramah mesra yang diadakan di masjid kawasan taman tempat aku. Sebenarnya lama aku tak menjadi mc dalam apa-apa juga acara majlis. Jadi, boleh la aku tunjuk skill pada kawan-kawan aku. Sebelum majlis bermula, aku sediakan teks mc yang akan aku gunakan semasa masjil berlangsung nanti.

MC of the day

Mari aku kongsikan teks mc yang aku gunakan dalam majlis ni. Semoga bermanfaat ya.

Baca juga : Cara Mudah Dan Kreatif Simpan Duit Dalam Tabung

Program: Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Tempat: Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan

Masa: 3.45 PM

Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota



Masa



Perkara


Remarks

3.45 PM

 4.00 PM

 4.12 PM

Kehadiran para tetamu

 Kehadiran YB & Datin

Solat Asar Berjamaah

 

 

4.45 PM

Ucapan alu-aluan pengacara majlis

Para hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh


Yang Berhormat

Dato’ Saifuddin Bin Abdullah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap

Ahli Parlimen Indera Mahkota.

 

Yang Berbahagia

Datin Norlin Binti Shamsul Bahri.

 

Yang Berusaha,

En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh.

 

Yang Dikasihi,

En. Shamsudin Bin Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh.

 

Para Imam dam Pengerusi Masjid dalam Kawasan Indra Mahkota.

 

Para penerima sumbangan,

 

Jawatan kuasa KRT Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

 

Barisan AJK Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid

 

Serta hadirin-hadirat sekalian.

 

Mekar mewangi bunga Cempaka,

Sayang harumnya memukau sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

 

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini dalam Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota.

 

Selamat datang ke Masjid An-Nur Taman Datp’ Abdul Rashid dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tetamu Jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.

 

Terutamanya, kepada YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah berserta isteri. Khabarnya dato’ tidak begitu sihat, tetapi demi komitmen yang digalas, beliau sudi Bersama kita pada petang ini. Alhamdulillah.

 

Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insha Allah

 

 

 

Bacaan Doa

 

Petik Kenanga indah disemat,

Gubahan di olah bawa berangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

 

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan ___________________________________________ untuk memimpin bacaan doa.

 

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

 

*Bacaan doa

 

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ________________________________________________ atas bacaan doa itu tadi.

 

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

 

Ucapan Pengerusi Masjid

 

Sidang hadirin sekalian,

 

Adat berbahasa menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan ucapan,

 

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan,

 

Yang Berusaha,

En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh untuk memberikan ucapan.

 

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

 

*ucapan

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

 

Ucapan Pengerusi KRT, Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh

 

Sidang hadirin sekalian,

 

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan,

 

Yang Dikasihi,

En. Shamsudin Bin Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh untuk menyampaikan.

 

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

 

*ucapan

 

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Shamsudin Bin Abu Bakar, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

 

Penyampaian Sumbangan Wang Tunai kepada 27 Keluarga B40

 

Kini tibalah masanya penyampaian sumbangan kepada keluarga B40. Sumbangan ini merupakan sebakul makanan dan juga wang tunai. Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Bin Abdullah untuk menyerahkan sumbangan dibantu oleh petugas-petugas yang ada. 

Penyerahan Kurma kepada Imam-imam

 

Kini, sekali lagi saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ untuk menyampaikan kurma dan juga bantuan wang tunai kepada imam-imam dan juga wakil-wakil masjid dalam Kawasan parlimen Indra Mahkota dibantu oleh pertugas-petugas yang ada.

 

Majlis dengan ini dipersilakan.

 

Dengan berakhirnya penyerahan sumbangan kepada imam-iman dan wakil-wakil masjid dalam Kawasan Indra Mahkota, maka berakhirlah program kita program kita pada petang ini.

 

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya megucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk Bersama-sama dalam masjlid pada petang ini.

 

Saya juga mewakili barisan AJK Masjid An-Nur dan juga KRT Taman Dato’ Abdul Rashid menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berjalan.

 

Jadi, selepas ini, saya mejemput para hadirin dibantu oleh petugas-petugas yang ada untuk sesi bergambar sebelum kita teruskan dengan acara jamuan ringkas.

 

Sekian sahaja dari saya

 

Wabillahitafiqwalhidayah

 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


 

Itulah teks mc yang aku gunakan dalam majlis ni. Semoga rangka teks pengacara majlis ini bermanfaat untuk korang semua.

Sekian,

With love

-Papaglamz-


 5 Sebab Lelaki Nampak Lebih Handsome Jika Rajin Bersenam Berbanding Orang Lain

5 Sebab Lelaki Nampak Lebih Handsome Jika Rajin Bersenam Berbanding Orang Lain

Gaya hidup yang sihat mampu memberi kesan positif kepada diri seseorang. Penjagaan badan yang baik mampu menjaga penampilan seseorang. Tahukah anda bahawa seseorang lelaki perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk kekal sihat dan cergas dan mempunyai stamina yang tinggi.

Jika anda menjaga badan dengan bersenam, secara tidak langsung badan juga akan lebih tegap, berotot dam mempunyai stamina yang tinggi. 

Ini dia 5 sebab lelaki nampak lebih kacak jika rajin bersenam

1. JADI LEBIH SEGAR

Jika anda mulakan hari anda dengan bersenam diwaktu pagi, tubuh badan anda akan berasa lebih baik untuk sepanjang hari. Bila tubuh badan segar dan bertenaga, sudah pasti aura positif muncul dari dalam diri dan orang sekeliling akan melihat anda lebih menarik. 

2. BERSEMANGAT

Bersenam setiap hari juga mampu mengembalikan semangat seseorang. Jika anda bangun awal dan mulakan hari dengan senaman yang mengeluarkan peluh, ia pasti akan meningkatkan tenaga dan semangat anda untuk memulakan hari dengan lebih baik. Jadi, bangun awal untuk melakukan aktiviti kecergasan yang sesuai.

3. PEKA DENGAN PILIHAN

Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya akan memilih makanan yang lebih sihat sahaja. Pilihan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi akan menjadikan tubuh anda lesu.

4. KEKAL SIHAT

Senaman pagi membantu anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga membantu anda mengekalkan berat badan serta menjadikan anda lebih fit. 

5. HIDUP LEBIH BERKUALITI

Bila anda rajin bersenam, anda akan lebih berasa positif. Bila anda positif, hidup pasti lebih bahagia, bersemangat dan ceria sepanjang masa.

Gayakan rambut anda bersama POMADE Natural dari MAGIC BLUE

Nak hensem, rambut pun keja jaga juga. So, pakailah Pomade Natural dati Magic Blue ini untuk membantu anda menggayakab rambut anda supaya menjadi lebih hensem. Rambut juga penting dalam penampilan. Biasanya rambut digayakan bersama minyak rambut, krim, gel atau pomade.


Jom cuba MAGIC BLUE POMADE ini untuk penggayaan rambut anda. Ia sangat sesuai untuk anda yang begitu menjaga penampilan.


FUNGSI NATURAL POMADE MAGIC BLUE:

1. Menjadikan rambut lebih sihat & hitam bersinar.

2. Melebatkan rambut.

3. Mencegah uban.

4. Mencegah rambut gugur.

5. Menyihatkan kulit kepala & akar rambut.


Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti Madu dan Bunga Tanjung yang terbukti turun temurun sangat bagus dalam memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

CARA GUNA NATURAL POMADE MAGIC BLUE

Ambik sedikit sahaja NATURAL POMADE (hujung jari) dan sapu rata di seluruh rambut sambil urut-urut kulit kepala.

Kemudian sikat rambut sehingga rapi.

InsyaAllah, rambut anda tampak lebih kemas & hitam berkilat

Jika anda berminat untuk mencuba Pomade yang NATURAL dari Magic Blue ni boleh lah PM atau wassap terus ke talian 0196141393. Boleh juga order memalalui shoppee dengan klik link dibawah.

Sekian

With Love

-Papaglamz-
5 Cara Nak Jadi Kacak Dengan Menjaga Kulit Muka Dan Juga Rambut

5 Cara Nak Jadi Kacak Dengan Menjaga Kulit Muka Dan Juga Rambut

 Tip nak jadi kacak

Kacak atau hensem sangat sinonim dengan seorang lelaki. Orang kata kacak atau hensem ni sangat subjektif. Walaubagaimanapun, nak jadi kacak tak semestinya perlu mempunyai rupa paras yang menawan ataupun susuk tubuh yang sedap mata memandang, tetapi kacak itu dapat diterjemahkan dengan cara bagaimana seseorang itu menjaga kebersihan diri, wajah dan juga penampilan.

Jom ikuti 5 panduan nak jadi kacak yang mudah ini.

1. Bersihkah muka

Cuci muka anda dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka. Jangan sesekali menggunakan sabun buku yang anda gunakan untuk mencuci badan sebagai pencuci muka. Ia menjadikan muka anda kering. Banyak sahaja produk yang baik yang terjual dipasaran.

2. ‘Scrub’


Jika kulit muka kelihatan kusam, sekali sekala apa kata gunakan ‘scrub’ untuk menanggalakn sel-sel kulit mati penyebab kulit kusam. Bukan hari-hari pun. Seminggu hanya perlu 3 atau 4 kali sahaja seminggu.

3. Pelembap kulit muka


Jika kulit kering, gunakan losyen pelembap. Losyen ini bukan sahaja mengelakkan kulit kering, bahkan ia mampu melindungi kulit wajah anda dari sinaran UV yang mampu merosakkan kulit wajah anda.

4. Jangan picit jerawat


Amaran keras.! Jangan picit jerawat. Tahan diri dari memicit jerawat. Tunggu sahaja jerawat itu oecah sendiri. Kalau anda memecahkan jerawat anda secara paksa, ia akan meninggalkan kesan parut. Ingat, jangan picit jerawat anda.

5. Trim


Tak salah nak menyimpan misai, janggut atau jambang. Tapi, pastikan bebulu dimuka anda sentias dirapikan. Jika perlu dicukur, cukurlah dengan segera. Barulah ‘HENSEM’

Gayakan rambut anda bersama POMADE Natural dari MAGIC BLUE

Nak hensem, rambut pun keja jaga juga. So, pakailah Pomade Natural dati Magic Blue ini untuk membantu anda menggayakab rambut anda supaya menjadi lebih hensem. Rambut juga penting dalam penampilan. Biasanya rambut digayakan bersama minyak rambut, krim, gel atau pomade.


Jom cuba MAGIC BLUE POMADE ini untuk penggayaan rambut anda. Ia sangat sesuai untuk anda yang begitu menjaga penampilan.


FUNGSI NATURAL POMADE MAGIC BLUE:

1. Menjadikan rambut lebih sihat & hitam bersinar.

2. Melebatkan rambut.

3. Mencegah uban.

4. Mencegah rambut gugur.

5. Menyihatkan kulit kepala & akar rambut.


Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti Madu dan Bunga Tanjung yang terbukti turun temurun sangat bagus dalam memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

CARA GUNA NATURAL POMADE MAGIC BLUE

Ambik sedikit sahaja NATURAL POMADE (hujung jari) dan sapu rata di seluruh rambut sambil urut-urut kulit kepala.

Kemudian sikat rambut sehingga rapi.

InsyaAllah, rambut anda tampak lebih kemas & hitam berkilat

Jika anda berminat untuk mencuba Pomade yang NATURAL dari Magic Blue ni boleh lah PM atau wassap terus ke talian 0196141393. Boleh juga order memalalui shoppee dengan klik link dibawah.

Sekian

With Love

-Papaglamz-
Gaya Rambut Lelaki Yang Trendy Sesuai Mengikut Bentuk Wajah

Gaya Rambut Lelaki Yang Trendy Sesuai Mengikut Bentuk Wajah

Bentuk Muka VS Gaya Rambut Lelaki

Kadangkala pening nak setup rambut style yang bagaimana. Panjang, pendek, pacak, belah tengah dan macam-macam lagi. 

Nak tau trend penggayaan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah anda?

Jom layan....

1. WAJAH OBLONG : Bentuk muka lebih panjang dan lebar

Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah sebegini, adalah lebih elok jika anda memotong pendek rambut anda. Dan ingat, jangan membiarkan jambang anda terlalu panjang, iakan menampakkan wajah anda tampak terlampau besar.

2. OVAL : Bentuk muka yang runcing

Bagi pemilik wajah berbentuk oval, anda mempunyai pilihan gaya rambut yang pelbagai. Tapi harus berhati dengan gaya rambut yang menutupi dahi, ia akan membuatkan wajah anda kelihatan bulat dan lebih besar.

3. WAJAH BULAT : Saiz muka sama panjang dan lebar

Lelaki yang mempunyai wajah bulat, lebih sesuai untuk memotong rambut anda dengan jenis potongan tipis di sisi. Ia akan menampakkan wajah anda lebih kurus dan runcing.

4. WAJAH DIAMOND : Mempunyai tulang pipi yang berbentuk

Untuk anda yang memiliki wajah berbentuk diamond, anda lebih sesuai mempunyai rambut yang menutupi sedikit bahagian dahi. Tampil lebih maskulin dengan mempunyai jambang. Pasti menarik..!!!

5. WAJAH PETAK : Muka berbentuk dan kelihatan maskulin

Untuk wajah petak, penggayaan lebih kurang sama dengan wajah berbentuk bulat. Rambut tipis disisi kiri dan kanan serta sedikit rambut tebal dibahagian atas. 

6. MUKA TRIANGLE : Tulang rahang lebih besar dari tulang pipi

Lelaki yang mempunyai bentuk muka triangle lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium. Tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.

Gayakan rambut anda bersama POMADE Natural dari MAGIC BLUE

Rambut juga penting dalam penampilan. Biasanya rambut digayakan bersama minyak rambut, krim, gel atau pomade.


Jom cuba MAGIC BLUE POMADE ini untuk penggayaan rambut anda. Ia sangat sesuai untuk anda yang begitu menjaga penampilan.


FUNGSI NATURAL POMADE MAGIC BLUE:

1. Menjadikan rambut lebih sihat & hitam bersinar.

2. Melebatkan rambut.

3. Mencegah uban.

4. Mencegah rambut gugur.

5. Menyihatkan kulit kepala & akar rambut.


Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti Madu dan Bunga Tanjung yang terbukti turun temurun sangat bagus dalam memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

CARA GUNA NATURAL POMADE MAGIC BLUE

Ambik sedikit sahaja NATURAL POMADE (hujung jari) dan sapu rata di seluruh rambut sambil urut-urut kulit kepala.

Kemudian sikat rambut sehingga rapi.

InsyaAllah, rambut anda tampak lebih kemas & hitam berkilat

Jika anda berminat untuk mencuba Pomade yang NATURAL dari Magic Blue ni boleh lah PM atau wassap terus ke talian 0196141393. Boleh juga order memalalui shoppee dengan klik link dibawah.

Sekian

With Love

-Papaglamz-
Style - Mix And Match Baju Dan Seluar Untuk Lelaki Yang Trendy

Style - Mix And Match Baju Dan Seluar Untuk Lelaki Yang Trendy

KHAS BUAT LELAKI - INI DIA PADANAN WARNA BAJU DAN SELUAR YANG BOLEH DICUBA UNTUK NAMPAK HEBAT..!!!

Nak tau padanan warna baju dan seluar yang anda boleh cuba untuk tampil lebih bergaya dan MENARIK? 

Teruskan membaca artikel ini.

Visual pandangan pertama adalah sangat penting untuk menarik minat seseorang. Selain menjaga penampilan wajah dan kebersihan badan, pilihan gaya juga merupakan aspek penting dalam menata rias penampilan seseorang lelaki.

Berikut adalah padanan baju dan seluar yang boleh dicuba:

1. BIRU NAVY DAN PUTIH

Warna ini adalah yang paling terbaik untuk lelaki. Si pemakai akan tampil lebih menyerlah. Warna navy dan putih ini lebih klasik dan akan menyerlahkan lagi kematangan seseorang lelaki.

2. HITAM DAN KELABU

Warna ini adalah warna yang sangat biasa dipakai. Warna ini menampakkan seseorang begitu ringkas dan elegen. Tak lupa ia menaikkan lagi sisi maskulin seseorang.

3. KELABU DAN PINK

Pakain berwarna pink dalam kalangan lelaki bukanlah janggal lagi. Jika kena dengan padanan yang sesuai, ia akan mengurangkan sisi feminine warna pink itu. Apa kata cuba gayakan pakaian berwarna pink bersama dengan kelabu. Sisi 'nakal' anda pasti menyerlah.

4. COKLAT DAN KRIM

Jika anda ingin ke majlis kasual warna ini sangat sesuai untuk dipadankan. Warna kontra ini elegen digayakan oleh lelaki eksekutif seperti anda.

Selain penggayaan baju, rambut juga penting dalam penampilan. Biasanya rambut digayakan bersama minyak rambut, krim, gel atau pomade.


Jom cuba MAGIC BLUE POMADE ini untuk penggayaan rambut anda. Ia sangat sesuai untuk anda yang begitu menjaga penampilan.


FUNGSI NATURAL POMADE MAGIC BLUE:

1. Menjadikan rambut lebih sihat & hitam bersinar.

2. Melebatkan rambut.

3. Mencegah uban.

4. Mencegah rambut gugur.

5. Menyihatkan kulit kepala & akar rambut.


Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti Madu dan Bunga Tanjung yang terbukti turun temurun sangat bagus dalam memelihara kesihatan rambut dan kulit kepala.

CARA GUNA NATURAL POMADE MAGIC BLUE

Ambik sedikit sahaja NATURAL POMADE (hujung jari) dan sapu rata di seluruh rambut sambil urut-urut kulit kepala.

Kemudian sikat rambut sehingga rapi.

InsyaAllah, rambut anda tampak lebih kemas & hitam berkilat

Jika anda berminat untuk mencuba Pomade yang NATURAL dari Magic Blue ni boleh lah PM atau wassap terus ke talian 0196141393. Boleh juga order memalalui shoppee dengan klik link dibawah.

Sekian

With Love

-Papaglamz-


21.5 inch IMac 2.3GHz dual-core 7th-generation Intel Core i5 UNTUK DIJUAL

21.5 inch IMac 2.3GHz dual-core 7th-generation Intel Core i5 UNTUK DIJUAL

IMac Untuk Dilepaskan. Beli belum sampai setahun.

Description IMac seperti dibawah:


- 2.3GHz dual-core 7th-generation Intel Core i5 processor, Turbo Boost up to 3.6GHz

- 8GB 2133MHz DDR4 memory

- 256GB SSD storage

- Intel Iris Plus Graphics 640

- Magic Mouse 2

- Magic Keyboard - US English

Pandangan belakang. Tiada sebarang cacat cela. Keadaan masih lagi baik.

Semua port USB, SD Card, LAN, Head & Hear Phone serta Power port masih berfungsi dengan baik sekali

Magic Keyboard masih lagi dalam keadaan yang baik. Tiada cacat cela.

Magic Mouse juga masih dalam keadaan yang serta berfungis dengan sempurna

Bukti pembelian pada 15 Julai 2020 dengan harga RM 4749.00.
Tetapi nak let go dengan harga RM 4000.00 (Boleh nego lagi)


SEMUA ITEM MASIH BARU DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK.

PENGGUNAAN IMAC ADALAH MINIMUM. TIADA SEBARANG KEROSAKAN PERNAH BERLAKU.

SEBAB NAK JUAL IALAH, NAK BELI LAPTOP. RASA SUSAH BEKERJA DENGAN DESKTOP.

KALAU NAK TENGOK VIDEO REVIEW IMAC DARI SAYA, BOLEH KLIK LINK DI BAWAH. 

Unboxing IMac 21.5 Inch Malaysia | Reward Untuk Diri Sebab Penat Memasak Di Youtube



Untuk sebarang maklumat, boleh contact saya di talian 0196141393

Sekian

Terima Kasih

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com