Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Lagu Anta Permana adalah buah tangan terbaru Dato' Siti Nurhaliza. Mula dikeluarkan pada 21 September 2018. Lagu ini berirama pop yang mana lagu ini telah diciptakan oleh Hael Husairi dan Ezra Kong.


Jom saksikan preview lagu Anta Permana yang sungguh mengasyikkan ini



Lirik lagu Anta Permana - Dato' Siti Nurhaliza

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti

With Love
Papaglamz

-sekian-
Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Assalamualaikum semua. Kita sesama blogger seharusnya perlu saling berkenalan dan support satu sama lain bagi memeriahkan blog yang kita miliki. Antaranya dengan blogwalking dan juga join mana-mana segmen ataupun giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan. Dari sini kita akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, entri kali ni aku nak ajak korang semua join Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana yang sedang berjalan sekarang. Cepat join!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ni.


Baca juga : Kek Viral Fruits Pastry Cake. Ini Resipinya Kalau Anda Nak Cuba

Jangan lupa untuk join ya. Dan bagi yang singgah di sini, dalam perkenalan dari aku sebagai admin Papaglamz.com. Jangan serik datang lagi ya!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Beauty Giveaway By Mrs Pip

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Assalamualaikum semua. Kita sesama blogger seharusnya perlu saling berkenalan dan support satu sama lain bagi memeriahkan blog yang kita miliki. Antaranya dengan blogwalking dan juga join mana-mana segmen ataupun giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan. Dari sini kita akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, entri kali ni aku nak ajak korang semua join Beauty Giveaway By Mrs Pip yang sedang berjalan sekarang. Cepat join!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ni.


Baca juga : Ini Dia 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Travel Atau Mengembara

Khas buat Mrs Pip - Semoga terus berjaya dalam apa jua cabang kehidupan yang diterokai. Khasnya dalam dunia blogging. Semoga Mrs Pip kekal istiqamah berkongsi maklumat yang berguna buat semua pengikut dan pembaca blog Mrs Pip. Keep it up..!!!

Jangan lupa untuk join ya. Dan bagi yang singgah di sini, dalam perkenalan dari aku sebagai admin Papaglamz.com. Jangan serik datang lagi ya!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ini Dia 10 Tips Yang Semua Mesti Tahu Untuk Memudahkan Kerja Di Dapur. Point Ke-6 Tu Ramai Yang Suka

Ini Dia 10 Tips Yang Semua Mesti Tahu Untuk Memudahkan Kerja Di Dapur. Point Ke-6 Tu Ramai Yang Suka

Assalamualaikum semua. Dapur ialah ruang paling penting dalam sesebuah ruma. Jika menurut Feng Shui cina pun, dapur dikatakan tempat yang perlu dijaga tapi kerana dapur dikatakan penentu bagi rezeki sesebuah ruma. Jika cantik dapurnya, maka rezeki untuk seisi rumah itu juga cantiklah juga.

Aku akui, dalam seharian duduk dirumah, khasnya bila cuti, masa yang paling lama aku spend adalah di dapur. Macam yang kami sekeluarga akan buat jika di dapur termasuklah mengemas, memasak dan sebagainya. Itu belum lagi jika ada tempahan kek dari pelanggan. Bertambah lah masa aku di dapur. 

Sebagai seorang yang selalu berada di dapur, ini aku nak kongsikan 10 tips yang anda semua mesti tahu untuk memudahkan kerja di dapur. Panduan didapur ni au dapat dari Hijab Lense.

10 Panduan Di Dapur


Tips untuk mengekalkan warna sayur kekal hijau


Tips untuk membuatkan daging mudah empuk


Tips untuk mengelakkan makanan melekat di kuali


Baca juga : 8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

Tips untuk menghilangkan bau hamis di kuali


Tips untuk menghilangkan kesan kuning cawan dan teko


Tips ayam goreng lebih sedap


Tips menghilangkan bau di dalam peti sejuk


Tips elakkan semut dari gula


Baca juga : Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Tips tauge untuk kekal segar


Tips menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging


Tentu sekali dengan tips dan panduan di dapur ini akan memudakan lagi kerja-kerja kita di dapur. Bila memasak jadi mudah kita mesti gembira. So, masakan yang kita hasilkan mesti lagi sedap kan? Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ini Dia 4 Sebab Anda Perlu Bercuti DI Pulau Jeju Pada Setiap Hujung Tahun

Ini Dia 4 Sebab Anda Perlu Bercuti DI Pulau Jeju Pada Setiap Hujung Tahun

Assalamualaikum semua. Siapa tidak kenal dengan Pulau Jeju yang terletak Korea Selatan? Pulau yang sering digambarkan sebagai Hawaii Korea Selatan ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang menarik buat pengunjung yang datang ke sini.

Credit: @neollene on Instagram

Biasanya tarikan utama pelancong ke Pulu Jeju ialah dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, puncak gunung berapi yang menggunung tinggi dan juga kecantikan pemandangan ombak yang menghempas ditebing pantai.

Berikut merupakan 4 sebab kenapa Pulau Jeju boleh menjadi lokasi paling menarik percutian hujung tahun anda.


1. Bukan 'peak season'

Ya, walaupun pulau ini mendapat kunjungan dari pelancong sepanjang tahun, tetapi pengunjung sekitar bulan November hingga Mac iaitu dalam musim salji, pengunjung ke sini agak berkurangan. Jadi, keadaan di sini agak lengang. Anda lebih bebas untuk bercuti dan lebih tenang. 

Credit: Google

Lebih menarik lagi, harga tiket kapal terbang juga lebih murah waktu ini jika dibandingkan dengan musimpanas  di mana ramai pelancong datang. Ini merupakan peluang anda untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang rendah.

2. Menikmati aktiviti 'outdoors' 

Walaupun keadaan agak sejuk di hujung tahun, tetapi ia adalah lebih baik daripada keadaan yang sangat panas berpeluh. Antara aktiviti yang menarik ketika musim sejuk di sini adalah mendaki (Hike up snow-capped Hallasan), menunggang kuda merentasi jalan yang dipenuhi salji dan juga aktiviti berkhemah.

Credit: @chan.bang on Instagram

Walaupun aktiviti-aktiviti ini agak 'rare' dilakukan ketika musim sejuk, percayalah melakukan aktiviti ini di pulau ini akan menjanjikan anda seribu satu kenangan manis yang bakal anda bawa pulang nanti.

Credit: Jeju Tourism Organisation
3. Bersantai bersama pemandangan yang cantik di Jeju

Buat peminat bunga, pada musim ini sangat banyak pemandangan-pemandangan yang cantik yang disajikan. Kelopak-kelopak bunga yang mekar cantik ini membuatkan suasana sekitar Jeju begitu indah dan sangat mendamaikan. Sekiranya anda berada di Jeju antara bulan November dan awal bulan Mac, Camellia Hill adalah daya tarikan yang mesti dilihat.

Credit: @neollene on Instagram

Jangan lupa bawa pakaian musim sejuk anda dan luangkan sedikit masa untuk menikmati keindahan bunga-bunga disini. Bunga Camelia dikenali sebagai bunga romantik jadi anda wajib mengambil beberapa keping gambar bersama yang tersayang disini.

4. Waktu terbaik memetik buah Tangerin

Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Jeju pasti akan bercerita tentang keenakan dan kemanisan buah tangerin di sini. Seakan buah limau, tangerin adalah menjadi signature para pelancong yang datang kesini kerana rasanya yang manis, masam dan berair. Memang sedap!

Credit: @qilaudz on Instagram

Credit: @jiihyonni on Instagram

Sebenarnya tengerin terdapat dua jenis dipanggil Gamgyul dan Hallabong. Gamgyul lebih kecil dan menyerupai oren mandarin manakala hallabong mempunyai benjolan yang ketara di atas. Kedua-duanya sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah ini sangat manis dan juicy.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "4 Sebab Pulau Jeju Jadi Lokasi Paling Menarik Untuk Percutian Hujung Tahun" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Review Filem PASKAL - Air Mata Jatuh Berkali-kali Menonton Filem Ini

Review Filem PASKAL - Air Mata Jatuh Berkali-kali Menonton Filem Ini

Assalamualaikum semua. Baru semalam filem PASKAL menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia. Ternyata filem bergenre aksi yang diambil dari adaptasi kisah sebenar perjuangan pasukan khas tentera laut bejuang mempertahankan keamanan perairan tanah air Malaysia. Aku tak tengok lagi full movie ni. Tapi aku dah tonton tayangan promosi berdurasi 20 minit yang ada di you tube. 


Ternyata walaupun hanya sekejap, telah membuatkan hati aku tersentuh. Inysallah nanti nak tonton full filem ni di pawagam. Kalau tak pun tunggu sebulan dua mesti ada di Astro First kan. 

Bercakap tentang review filem PASKAL ni, aku tertarik dengan satu review dari seorang wanita (Nurul Hassanah) yang mempunyai keluarga yang berkerja sebagai tentera tak kira tentera darat, laut atau udara. Dalam reviewnya, filem PASKAL ini telah membuatknannya menangis 5 kali tidak henti dan habis lengan bajunya basah kerana air digunakan untuk mengelap air mata.


Jom ikuti full review filem PASKAL dari Nurul Hassanah


MasyaAllah!!! This is what I can say after watching the PASKAL film. Aku jujurnya tidak mengenali siapa pengarah film ini, tapi oleh kerana adik beradik lelaki keluarga sebelah mak aku boleh dikatakan 70% mencari sesuap nasi dalam bidang ini, aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang mereka lalui dalam kerjaya ini. Kenapa sebenarnya mereka pilih kerjaya ini.

Keluarga mak aku besar. Atuk ada 2 isteri. Isteri pertama ada 11 anak. Isteri kedua juga ada 11. Total 22 orang semuanya. Pakcik-pakcik aku dari kecil sudah muak hidup dalam hutan, sungai, bukit bukau, gelap, duri dan sebagainya bahkan mereka semua ini menjadi saksi saat kedatangan komunis menjajah tanah air kita. Apabila mereka berganjak dewasa, hampir semua daripada mereka memilih kerjaya sebagai tentera. Sama ada tentera laut mahupun darat.

Aku pernah bertanya kepada isteri salah seorang pakcik aku yang tentera. Best ke dapat husband tentera? Nak tahu dia jawab apa ? "Antara semua isteri di dunia, sebenarnya isteri para tentera lah yang paling tabah". Ramai antara mereka yang tanggung rindu apabila suami beroperasi berbulan lamanya, belum ditambah lagi saat menguruskan kandungan sorang-sorang. Inikan lagi menanggung rindu pada mereka yang syahid!

Baca juga : Ini Dia Trailer Rasmi Pertama Filem Captain Marvel

Mungkin aku tak duduk dan tak lalui situasi beliau tapi bila aku menonton film PASKAL aku nangis weh! Air mata aku jatuh lebih dari 5 kali. Sampaikan hujung lengan baju dah basah sangat. Aku juga semakin faham mengapa pakcik-pakcik aku tidak BERHENTI untuk bekerja walaupun gaji tidaklah seberapa. Kes di Lahad Datu Sabah, pakcik² aku semua turun padang. Kami yang beragama islam non-stop buat solat hajat untuk keselamatan mereka.

Aku sendiri kelu andai disuruh untuk memilih keluarga atau negara. Ya, memang ramai yang tidak faham kerjaya ini. Ada mak ayah yang suruh anak-anak untuk stop. Ada isteri yang yang suruh suami untuk stop. Tapi mengapa mereka berdegil untuk meneruskan ? Semua terjawab dalam film ini. Dicampak, dipekik dimaki, dipukul, ditendang, diludah, diberi ancaman bunuh sekalipun mereka tetap berjuang demi negara. MasyaAllah! 😭

Maaf, kerana review ini aku relatekan dengan family aku kerana aku baru faham situasi, peranan, tanggungjawab, kehendak dan niat mereka yang memilih kerjaya ini. Sesungguhnya aku benar-benar speechless. Aku doakan semoga mereka yang memilih kerjaya ini mendapat syurga yang tertinggi di akhirat kelak.

Hakikatnya apa yang ditayangkan dalam film PASKAL hanyalah sebahagian daripada sedikit rutin dan kehidupan harian mereka. Aku yakin dan percaya ada lagi cabaran yang lebih mencabar untuk mereka. Secara keseluruhannya semua barisan pelakon memainkan peranan masing-masing, mantap, hebat, power, memang dasyat boleh dikatakan hampir tak percaya yang ini merupakan film tempatan. Tempat shooting semua menarik.

Tiada pembaziran minit. Ada part kelakar, ada part sedih dan sayu, ada part benci geram nak marah dan kalau boleh kau sendiri nak masuk kat dalam sebagai pelakon tambahan. Sebab geram sangat. Kalian juga akan jumpa skill dan latihan yang menarik dalam team PASKAL. Tidak keterlaluan rasanya, jika aku katakan bahawa aku tidak boleh bernafas dengan baik selepas melihat latihan-latihan PASKAL.

Maaf aku tak tahu nak tulis apa lagi aku masih speechless korang wajib tonton.

Congratulations to Adrian Teh & team PASKAL.
Overall aku bagi 9.9/10.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Resipi Buttermilk Chicken

Resipi Buttermilk Chicken


Risepi Buttermilk Chicken


Bahan:

1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

Cara:

1. Perap ayam dgn garam, serbuk lada & putih telur selama 5-10 minit.

2. Golekkan ke dlm tepung Kentucky & goreng sehingga masak & garing.

3. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.

4. Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.

5. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit Fb : Resepi Memikat Suami Via Zainab Idar

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Blog Walking Segment by KasihJuju

Blog Walking Segment by KasihJuju

Assalamualaikum semua. Kita sesama blogger seharusnya perlu saling berkenalan dan support satu sama lain bagi memeriahkan blog yang kita miliki. Antaranya dengan blogwalking dan juga join mana-mana segmen ataupun giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan. Dari sini kita akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, entri kali ni aku nak ajak korang semua join Blog Walking Segment by KasihJuju yang sedang berjalan sekarang. Cepat join!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ni.

  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk: Blog Walking Segment by KasihJuju
  3. Letakkan banner segmen dan link kan semula ke entri ini,
  4. Follow blog Kasih Juju,
  5. Follow Facebook Page Blog - Kasih Juju
  6. Follow Instagram - Helmi Julia
  7. Publish dan tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja.
Segmen ini bermula dari 19 September 2018 hingga 30 September 2018 jam 11.59pm

Jangan lupa untuk join ya. Dan bagi yang singgah di sini, dalam perkenalan dari aku sebagai admin Papaglamz.com. Jangan serik datang lagi ya!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018

Assalamualaikum semua. Kita sesama blogger seharusnya perlu saling berkenalan dan support satu sama lain bagi memeriahkan blog yang kita miliki. Antaranya dengan blogwalking dan juga join mana-mana segmen ataupun giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan. Dari sini kita akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, entri kali ni aku nak ajak korang semua join Segmen Bloglist Rasa Dan Tips Oktober - Disember 2018 yang sedang berjalan sekarang. Cepat join!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ni.



Jangan lupa untuk join ya. Dan bagi yang singgah di sini, dalam perkenalan dari aku sebagai admin Papaglamz.com. Jangan serik datang lagi ya!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com

Assalamualaikum semua. Kita sesama blogger seharusnya perlu saling berkenalan dan support satu sama lain bagi memeriahkan blog yang kita miliki. Antaranya dengan blogwalking dan juga join mana-mana segmen ataupun giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan. Dari sini kita akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain.

Jadi, entri kali ni aku nak ajak korang semua join Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com yang sedang berjalan sekarang. Cepat join!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah ni.


Baca juga : Ramai Puji Vokal Alif Satar Dalam Persembahan Duet Bersama Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Final Big Stage

Jangan lupa untuk join ya. Dan bagi yang singgah di sini, dalam perkenalan dari aku sebagai admin Papaglamz.com. Jangan serik datang lagi ya!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Resipi Ayam Goreng Berempah

Resipi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum semua. Minggu lepas aku ada makan Nasi Kukus Mama bersama dengan ayam berempah. Nasi kukus memang kebiasaannya akan dimakan bersama dengan ayam goreng berempah kan? Kiranya macam matching gitu. Tapi macam mana nak dapatkan ayam goreng berempah yang terbaik? Jom au kongsikan resipi ayam goreng berempah versi Kak Zainab Idar ni yang memang marvelouss katanya.


Resipi Ayam Goreng Berempah


Bahan:

Daging ayam, potong medium size
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
0,5 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbu kari
1 sudu besar tepung jagung
1,5 sudu kecil garam
Bahan kisar kasar:
4 ulas bawang putih
6 bawang merah
0,5 inchi lengkuas
0,5 inchi halia
4 serai
3 sudu besar air

Baca juga : Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mangkuk. Kisar menjadi pes. Ketepikan

2. Masukkan ayam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk besar.

3. Tambahkan pes lalu perap ayam selama 1 jam.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga coklat keemasan.

5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.

6. Ayam goreng berempah boleh dihidangkan semasa panas-panas

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ini Dia Trailer Rasmi Pertama Filem Captain Marvel

Ini Dia Trailer Rasmi Pertama Filem Captain Marvel

Assalamualaikum semua. Bagi pengikut siri flem Avenger, tentu sekali tidak sabar-sabar menanti sambungan filem Avanger : Infinity War. Dalam babak terakir Infinity War, ramai yang tertanya-tertanya dan membuat andaian tersendiri akan kehadiran watak hero wanita iaitu Captain Marvel.


Apa tidaknya dalam babak ini kita dapat lihat Nick Fury sedang cuba menyampaikan mesej penting kepada seseorang melalui alat pengelui beliau sebelum lenyap menjadi debu. Dan ditunjukkan juga pada penonton gambaran skrin alat pengelui logo Captain Marvel dengan jelas sekali. Ini membuatkan kita membuat andaian bahawa Captain Marvel akan datang dan menjadi penyelamat kepada apa yang telah berlaku.


Namun, sebelum sambungan Infinity War keluar, Marvel Studio telah mengeluarkan secara rasminya tontonan trailer rasmi adiwira wanita mereka, Captain Marvel. Dalam trailet itu menunjukkan watak  adiwira wanita, Captain Marvel yang dilakonkan oleh Carol Danvers yang telah memiliki kuasa adiwira ketika turun ke bumi setelah menyertai pasukan tentera Starforce yang diketuai oleh Mar-vell (yang dilakonkan oleh Jude Law).

Baca juga : Impak Terbesar Watak Jean Dalam X-MAN Apocalypse 2016

Dalam trailer ini juga ditunjukkan beberapa kenangan lalu diantaranya zaman kanak-kanak dan latihan asasnya, yang bagi menerangkan bagaimana wujudnya penceritaan beliau sebagai adiwira. Ada juga watak nick fury ketika muda tau.

Rasa tak sabar nak tunggu filem ini keluat Mac 2019. Lepas tu harap-harap keluarla sambungan Infinity War pula.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ini Dia 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Travel Atau Mengembara

Ini Dia 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Travel Atau Mengembara

Assalamualaikum semua. Setiap yang kita lakukan pasti ada sebabnya. Kita makan sebab kita lapar. Kita tidur sebab kita mengantuk dan macam-macam lagi. Macam tu juga lah bagi anda yang suka travel atau mengembara. Tentu ada sebab tertentu kenapa anda mengembara kan. Samaada untuk kepuasan diri sendiri ataupun untuk mencari ketenangan seketika dan macam-macam lagi.

Kredit : Maskulin

Jom aku kongsikan 10 sebab kenapa anda patut mengembara yang aku baca baru-baru ni. 

TAHUKAH ANDA 10 SEBAB MENGAPA KITA PATUT MENGEMBARA?!!


1- Tahukah anda bahawa kita boleh mendapat pahala sunat jika anda berniat Hanya Kerana Allah untuk mencontohi perbuatan Nabi yang pernah mengembara ketika hayatnya dahulu?

2- Tahukah anda bahawa apabila kita mengembara dengan niat yang baik, kita akan dapat menghakis sifat mazmumah dalam diri dan melahirkan rasa rendah diri apabila melihat bumi ciptaan Ilahi?

3- Tahukah anda bahawa peluang doa kita dimakbulkan lebih tinggi apabila bermusafir?

4- Tahukah anda apabila kita selalu mengembara, kita akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan, tenang dan berfikiran terbuka dalam urusan seharian?

5- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada?

6- Tahukah anda apabila kita selalu mengembara, kita akan mempunyai ilham untuk membantu dalam menambahbaik kemanusiaan?

Baca juga : Jom Cuba Tips Elakkan Makanan Syubhah Ketika Travel Oversea


7- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan tahu bahawa kita ini adalah makhluk yang 'bodoh sombong'?

8- Tahukah anda apabila kita bertemu kenalan baru dalam permusafiran, sebenarnya kita sedang mempelajari satu ilmu yang bakal menambah nilai dalam hidup kita?

9- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan sedar dan percaya bahawa secantik mana bumi yang tidak kekal ini, akan ada lagi ciptaanNya yang lebih cantik di syurga nanti?

10-.Tahukah anda apabila kita mula mengembara, kita akan berasa sangat susah untuk berhenti mengembara?.;)

Apakah sebab anda pula?

With Love
Papaglamz

-sekian-


LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Ramai Puji Vokal Alif Satar Dalam Persembahan Duet Bersama Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Final Big Stage

Ramai Puji Vokal Alif Satar Dalam Persembahan Duet Bersama Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Final Big Stage

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan taniah buat semua pemenang Big Stage musim pertama. Malam konsert final yang telah berlangsung pada 23 September yang lalu tentu sekali membawa seribu satu kenangan buat peminat program tersebut.


Sebenarnya aku bukanlah mengikuti sangat big stage dari awal-awal. Mula-mula aku mengikuti program ini masa minggu ke 4. Tu pun sebab tertengok video persembahan Syafiq Farhain di You Tube. Harus la aku penyokong Syafiq dalam Big Stage ni. Hehehe

Apapun, dalam banyak-banyak persembahan malam final tu, aku memang terpukau dengan persembahan duet Alif Satar bersama Dato' Siti Nurhaliza. Rasanya bukan aku je. Ramai yang puji vokal Alif Satar dalam persembahan duet bersama Dato' Siti Nurhaliza di malam final Big Stage tempoh hari. Tak sangka Alif mampu menyjikan persembahan yang begitu memukau.
Jom layan video persembahan duet Alif dan Dato' Siti di malam final big stage tempoh hari.


Ramai yang memuji vokal Alif. Ada juga yang berpendapat Alif ni adalah antara artis yang 'UNDERRATED' di Malaysia. Dan ada juga yang membandingkan sura Dato' Siti dengan Alif. Mengatakan suara Dato' Siti ditenggelami dengan vokal Alif. Macam-macam kan komen nitizen ni. 




Baca juga : Jom Lihat Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Yang Terbaru



Anyhow, taniah Dato' Siti dan Alif kerana dapat memberikan persembahan yang sangat menghiburkan. Bagi aku ni lah juara pada malam itu. Hahaha. 

Dan yang paling best, terubat rindu nak tengok persembahan Dato' Siti secara live dalam televisyen. Suara pun masih mantap. Tapi, kena accept la bila dah berumur ni kan. Sesuai la dengan vokal sekarang. Jangan over expected dah la.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Travel 17 Negara Dalam 9 Bulan. Ini Dia Tips Dan Panduan Simpan Duit Nak Travel

Travel 17 Negara Dalam 9 Bulan. Ini Dia Tips Dan Panduan Simpan Duit Nak Travel

Assalamulaikum semua. Travel adalah sesuatu yang diidamkan oleh semua orang. Macam aku sendiri, perasaan nak travel atau bercuti diluar negara memang ada dalam diri sejak dulu lagi. Siapa yang pernah mengikuti perkembangan aku, satu negara yang pernah aku pergi adalah German. Itupun pergi atas dasar kerja selama sebulan di sana. Kalau tidak kerana kerja, memang tidak merasa la naik kapal terbang

Sebenarnya aku selalu ikut kisah-kisah kaki travel luar negara ni. Yela, seronok tengok gambar-gambar dan info yang mereka kongsikan semasa mereka travel. Contohnya tempat-tempat menarik yang merka lawati, info-info tempat makan halal dan mudah nak didapati dan macam-macam lagi la. Semua info ini amat berguna bagi sesiapa yang nak travel ke luar negara kan?


Aku terbaca satu tweet dari @kingafiqq yang berkongsi tentang bagaimana beliau menyimpan duit nak travel sebanyak 17 negara dalam masa 9 bulan. Memang menakjubkan bukan? Apalagi! Jom layan tips dari beliau ni. Mana tahu satu hati ada kesedaran diri nak buat dan dapat travel jauh-jauh kan? Tak dapat 17 negara pun 2 negara pun jadilah.

Tips Dan Panduan Simpan Duit Nak Travel



First of all kena la ada setup goal dan cari jalan macam mana nak simpan duit


Penting..!!! Setup tabung longterm goal dan tabung untuk pembaziatan



Baca Juga : Tips Dan Panduan Untuk Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport










Macam mana dengan tips-tips ni? Rasa boleh buat ke? Kalau boleh tu sila la memasang impian untuk travel 17 negara dalam masa 9 bulan ya! Insyallah. Orang kata dimana ada kemahuan, disitu ada jalan kan. Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit : Kingafiqq

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Resipi Ayam Sweet & Sour

Resipi Ayam Sweet & Sour

Assalamualaikum semua. Biasanya sweet sour ni masak bersama ikan. Agak berbeza dan jarang mendengar ayam masak sweet sour. Jom layan resipi sweet & sour chicken yang dikongsi dari instagram Majalah Rasa ni.


Resipi Ayam Sweet & Sour


Bahan-bahan

2 sudu minyak 
dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dgn Garam dan lada 
4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
1/2 cawan tomato paste
1/2 cawan jem raspberry
3 sudu besar gula perang
Sesudu cuka
1 / 4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
1 / 2 cawan cili holland hijau 
1/ 2 cawan cili holland merah
1/ 2 cawan cili holland kuning
1/ 2 cawan bawang holland
1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus

Baca juga : Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

Arahan

Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak 

Goreng kan ayam yang telah dia gaul kan dengan tepung. 

Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.

Dlm minyak yg sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat

Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit. 
Kemudian masuk kan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi. 

Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit : Majalah Rasa Via Zainab Idar

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Lirik Lagu Kamar Hati - Syafiq Farhain

Lirik Lagu Kamar Hati - Syafiq Farhain

Assalamualaikum semua. Siapa tak kenal dengan Syafiq Farhain kan? Abam Bomba kita. Artis baru yang kian menempah nama di tanah air. Lagu pertamanya Sayang Maafkan Aku merupakan dinyanyikan oleh Syafiq Farhain yang mana lagu ini dicipta oleh Harry Khalifah serta Liriknya digarap oleh Moy Khalifah dan Room None.


Dan kini tampil dengan single kedua bertajuk Kamar Hati merupakan lagu yang dicipta oleh Harry Khalifah serta Liriknya digarap oleh Moy Khalifah dan Room None sama seperti lgu pertamanya.

Jom layan video dan lirik lagu Kamar Hati yang dinyanyikan oleh Syafiq Farhain.



LIRIK LAGU KAMAR HATI BY SHAFIQ FARHAIN

Bila Ku mula memikirkannya
Hatiku Ini sering bertanya
Adakah Ia masih mencinta
Masihkah Hatiku di hatinya

Dan Saat aku cuba pejamkan mata
Ku Terpikirkan pula tentang kecewa
Saat Kau lebih memilih dia
Saat Kau mengkhianati cinta

Kasih Dirimu menghantui perasaan hati
Bila Ku hela nafas harum mu penuhi kamar hati
Setelah ku cuba berlari menghindari bayangmu oh kekasih
Namun Indah senyummu masih terpateri dihatiku

Ku Rela melepaskan cintamu
Jika Itu semua yang kau mahu
Ku Rela terus menahan rindu
Bahagia Dirimu yang ku mahu

Kasih Dirimu menghantui perasaan hati
Bila Ku hela nafas harum mu penuhi kamar hati
Setelah ku cuba berlari menghindari bayangmu oh kekasih
Namun Indah senyummu masih terpateri dihatiku

Kasih Dirimu menghantui perasaan hati
Bila Ku hela nafas harum mu penuhi kamar hati
Setelah ku cuba berlari menghindari bayangmu oh kekasih
Namun Indah senyummu masih terpateri dihatiku
Dihatiku

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com