Assalamualaikum semua. Lepas dah tahu basic-basic menjahit ni. Tangan dok gatal nak pegang gunting je. Nasib la banyak baju-baju dan seluar-seluar yang tak guna dalam stor. Akan jadi mangsa kejap lagi kesemuanya. Tetiba rasa nak jahit gaun kanak-kanak yang comel. Nak jahit baju gaun budak ni kena ada pola. Terbaca satu blog ni dia ajar cara nak buat pola baju dengan kita trace semula baju yang dah siap. Hurmmm, menarik. Nampak macam mudah kan?

So, PapaG pun try la trace semula gaun yang Imtiyaz ada. Memang menjadi. Dapat la traca pola untuk bahagian depan dan belakang serta untuk kain kembang gaun dia. Lepas dah ada pola Papag nak trace pula di atas kain. Untuk permulaan PapaG korbankan kain pelikat lama PapaG tau. Nak guna kain yang cantik-cantik wife PapaG tak bagi. Dia tu garang tau kalau bab-bab kain dan baju ni. Takut tak jadi nanti tak la membazir katanya.


Ok la. Ok la. PapaG buat gaun comel ni dengan kain pelikat PapaG sendri. Potong punya potong, jahit punya jahit, dan akhirnya……. JADI…..!!!!! Ok la, nampak la rupa gaun tu walaupun dari dekat sebenarnya korang akan nampak potongan dan jahitan yang senget benget. Tu belum tengok jahitan leher yang melingkar-lingkar macam ular kena pukul. Tapi ok la, boleh dipakai sebagai basahan dalam rumah. Nak pakai bawak jenjalan MEMANG TAK LAAAAAA. Memalukan.

Tu cerita first time la. Orang kata practice make perfect kan? So PapaG cuba la nak jahit gaun yang comel ni kali kedua. Kali ni wife macam dah percaya sikit. Dia bagi baju lama dia yang masih cantik lagi corak dan teksturnya. Ok bila buat kat atas kain yang cantik ni, kena la lebih berhati-hati kan. Pola lama dah ade, just potong atas kain yang berbeza je. Alhamdulillah gaun kali ini nampak cantik. Walau ada la beberapa kali terpaksa tetas semula jahitan di cantuman kain sebab salah cantum kan? Terbalik cantum la. Itu dan ini la. Macam-macam. Hahaha. Pengalaman sangat. Jahit punya jahit lama-lama siap la jugak. Alhamdulillah.


Haa macam mana? Ok tak? Model siap bagi support posing lagi tau. Cubaan kali kedua ni ok la. Nampak elok even tak berapa sempurna. Si kecik tu siap cakap “AYAH WAT BAJU IYAZZZ”. Suka la tu maknanya. Ok la sayang nanti ayah buatkan lagi yer. Insyallah. Ok la korang, sampai sini je entri kali ni. Komen-komen positif je yer. Jangan nak caras-caras pulak. Hehehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Korang sihat? Baru-baru ni PapaG saje mengemas bilik stor. Terjumpa seluar jeans lama yang dah tak muat. Rasa sayang nak buang terus, rasa nak buat bag dari jeans denim la. Untung-untung dapat save duit untuk belikan wife PapaG bag kan? Pada mulanya agak takut nak gunting seluar tu. Apa tidaknya, kita ni tak la pandai sangat dalam bab jahit-jahit ni. Takut tak jadi dan buang je nanti. Sayang kan? Tapi I gagahkan diri dan tangan untuk teruskan mencuba.

Hurm, gunting punya gunting, jahit punya jahit. Alhamdulillah SIAP…..!!!! Tak sangka I dapat siapkan beg dari seluar jeans lama I ni. Dan yang paling best wife PapaG suka. Bila dia tengok terkejut dia. Boleh tahan jugak laki dia ni menjahit kan. Hehehe.


Korang rasa macam mana? Ada tak ala-ala exclusive dari mana-mana butik hasil jahitan beg dari kain jeans denim yang PapaG buat ni? Jangan tak tahu ada yang siap Tanya-tanya nak tempah bila PapaG kongsikan gambar beg yang PapaG hasilkan ni dekat facebook. Errmmm, maaf la Iollss is tak berani nak amek tempahan segala bagai ni lagi. Almaklumla, masih baru lagi kan. Nampak dari jauh memang la macam ok perfect. Tapi bila korang tengok dekat-dekat, macam-macam cacat cela akan korang nampak. Jahitan senget sana sini, Benang kusut sana sini dan macam-macam lagi la. Tak rela I nak amek tempahan lagi ye.

Tapi takpe. Orang kata practice make perfect kan? Lepas ni nak practice lagi la. Nak kena main-main dengan mesin jahit hadiah dari mak mertua PapaG ni lebih lagi. Nak kena faham apa ragam mesin jahit ni baru la boleh hasilkan jahitan yang lebih baik kan. Insyallah satu hari nanti. Mana tahu PapaG boleh mencaras Ridzwan Radzwill satu hari nanti. Gituuuuuu. Hahahahha.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Untill we meet boss again katanya. After 2 years kita bersama dah tiba masanya untuk pulang ke negara asal. Thank you bos for everything you have already shared with us. Insyallah segala tunjuk ajar yang diberi akan kami terapkan dalam nilai kerja kami setiap hari gituuu. 

One thing yang PapaG perasan tentang bos yang sorang ni, masa dia datang 2 tahun lepas, kau mian kurus lagi. Tapi tak sangka pulak selepas 2 tahun ni perut dia ala-ala babam dh yer. Mungkin dia kat Malaysia ni banyak makan kot. 



Baru-baru ni we olls buat la farewell untuk bos yang sorang ni. Just smple dinner sambil sembang-sembang kat Sara Thai Kitchen Balok. Korang kalau datang Kuantan, sebut je Sara Thai memang popular la. Menu-menu kat sini pun ok jugak la. 

Ok la entri pendek je malam ni. Good night guys. Boss jangan lupa kami. Harap-harap faham la. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Ni cerita pagi tadi masa PapaG nak pergi kerja. Ada la sorang budak kecik ni dok sebuk ikut bersiap masa kita tengah siap-siap pakai baju nak pergi kerja. Kau main lagi dia siap berbedak bagai. Di tanya kemana tu? Nak ikut ayah pergi kerja katanya. Macam ni la bila dah duduk sama ni, almost setiap pagi ada sahaja drama-drama yang kadangnya sendu, tak kurang juga drama comel dari anak PapaG yang sorang ni.


Nampak tak si kenit yang putih melepak disebalik grill? Gigih merayu kat ayah dia nak ikut. Tapi maaf la ye sayang. Ayah kena keluar mencari rezeki untuk kamu juga. Izinkan ayah keluar meninggalkan kamu sebentar yer sayang. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Dalam entri kali ini saj PapaG hendak kongsikan pada anda semua antara 4 tempat menarik di Kuantan Pahang yang mesti korang lawati kalau korang datang ke sini. Almaklumlah, PapaG duduk di Kuantan kan, boleh la sikit-sikit PapaG kongsikan pada semua antara tempat menarik yang korang mesti lawati jika berkunjung di Kuantan, Pahang ni.

4 Tempat Menarik di Kuantan Pahang

1. Bukit Gambang Water Park

Tempat Menarik di Kuantan Pahang, tempat makan menarik di kuantan tempat menarik di kuantan waktu malam senarai tempat menarik di kuantan tempat menarik di kuantan untuk dilawati tempat menarik di pulau pinang tempat makan best di kuantan tempat menarik di pekan pahang pantai di pahang

Rasanya ramainya sedia maklum Kuantan Pahang sememangnya terkenal dengan satu taman tema air Bukit Gambang. Bukit Gambang Water Park bukan sahaja mempunyai tarikan dengan tema air sahaj bahkan lebih dari itu. Dengan adanya hotel, dewan banquete, dan juga zoo. Kalau korang nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.  

2. Natural Batik Village, Kuantan


Saja berjalan-jalan mengisi masa lapang bersama keluarga. Kalau nak di kira, banyak kali juga PapaG telah berkunjung ke sini. Natural Batik Village terletak berdekatan di Pantai Balok Kuantan. Di sini, sangat banyak jual cendrahati. Bermacam-macam produk jualan yang berasakan batik. Sampai kan tali leher pun ade yang di lukis corak batik. PapaG suka cuci-cuci mata kat sini. Suasana kedai yang mesra pelanggan menajdikan pusat batik ini sebagai satu lokasi yang baik untuk anda dan keluarga bersantai sambil melihat keindahan seni yang ada di sini. Kalau nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.

3. Muzium Sungai Lembing


PapaG telah meluangkan sedikit masa bersama wife dan Imtiyaz melawat muzium ini. Lokasi muzium ini terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing. Perjalanan dari bandar Kuantan kira-kira memakan masa lebih kurang 30 minit. Bagi memudahkan pencarian anda, PapaG kongsikan koordinat untuk ke muzium ini (3.9138205,103.0300554). Kalau nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.

4. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan


Pada mulanya PapaG agak tidak percaya bila ada yang mengatakan di Kuantan ada satu tempat rekreasi air terjun. Tu masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan ni. Untuk mencari kepastian, PapaG dan wife mencari lokasi Air Terjun Sungai Pandan, Panching di Kuantan baru-baru ni. Ternyata pencarian kami berjaya. Lokasi air terjun ini kira-kira 36 KM dari kuantan melalui simpang bersebelahan Masjid Jaya Gading, Kuantan. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui jalan yang kiri dan kanannya adalah ladang kelapa sawit dan kuari. Sebenarnya agak advanture la. Tapi kalau nak guna google map pun boleh. Taip jer koordinat (3.7905471,103.1447454) insyallah sampai la nanti. Dapatkan lagi cerita menarik tentang air terjun ni di entri ini.

Tula antara tempat-tempat menarik yang ada di Kuantan yang boleh PapaG kongsikan. Sebenarnya ad lagai tapi PapaG tak sempat nak pusing semua lagi. Semoga bermanfaat yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. PapaG pasti ramai yang tahu bilakah bermulanya musim durian kan? Penghujung bulan julai ataupun awal bulan ogos setiap tahun sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadiran musim durian ni. Tak kira tua muda semuanya pasti menanti akan kehadiran musim raja segala buah ni. Bila musim durian kembali lagi, macam biasa la PapaG tak melepaskan peluang untuk mencuba sebiji dua. PapaG ni tak la menolak dan tak la hantu makan durian sangat. Bersederhana sahaja. 



Sejak PapaG duduk di Kuantan ni, setiap tahun bila musim durian datang semestinya PapaG akan pergi kesebuah dusun durian yang dekat dengan rumah PapaG ni. Owner dusun ni memang menyediakan durian-durian yang fresh dari dusun dia untuk kesemua pelanggan dia. Lagi best bila beli dan makan di bangsal yang disediakan di dalam dusun tu sendiri. Macam-macam jenis durian yang uncle ni jual. Durian hijau beserah, durian bulat, durian isi tebal dan durian biasa. Harga berlainan mengikut jenis-jenis la. Durian yang popular di dusun ni ialah durian hijau. Uncle ni kata durian hijau ni sama taraf dengan durian musang king. Memang pun. PapaG dah cuba yer. Harga pun boleh tahan. Rasa memang terbaek.


Minggu lepas PapaG dan rakan-rakan tempat kerja makan durian di dusun ni juga. Kiranya dah 2 kali PapaG makan kat sini. First time dengan kawan office, second time dengan family. Masa makan dengan office mate tu saja la bawak mamat-mamat German mat salleh tu rasa buah durian. Mereka ni sangan curious kenapa buah durian ni sangat-sangat macam exclusive dan ramai yang bercakap pasalnya. Sedap sangat ke? Tapikan, kalau dah lidah tu mat salleh, memang tak masuk jugak. Dalam banyak-banyak kitorang beli, ada yang makan secubit saje. Paling banyak makan 2 ulas je. Kiranya tak boleh masuk kat tekak diorang la. Kesian kan? Tak boeh nak menikmati kesedapan sebenar Raja Buah ni. 

Walau apapun, setiap orang ada pendapat dan pandangan berbeza terhadap durian. Ada juga orang Malaysia yang tak suka durian. Macam PapaG kita layan je. Cuma berpada-pada je la. So, enjoy this king of fruit's season untuk semua rakan-rakan PapaG. Musim-musim juga jangan terlalu over pulak bila makan tu. Yang ada penyakit 3 serangkai tu ingat-ingat. Jangan memudaratkan diri sudah lah. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Dalam hidup rumah tangga kadang kala ada timbul tenggelamnya kan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. PapaG paling susah hati kalau wife I merajuk tau. Kadang putus ayat juga nak memujuknya. Last-last kita diamkan aje. Nanti-nanti sejuk la tu. Kejam tak? Hehehe. Tapi korang boleh cuba cara paling sweet pujuk isteri ketika tidur ni. Insyallah berkesan.


Ok tak? Jangan lupa cuba tau. Insyallah berkesan. Perempuan ni sejak azali lagi memang lembut hatinya kan? Sebab tu nak sangat perhatian dari orang lain. Lebih-lebih lagi perhatian dari suami sendiri. Jadi sebagai suami ni harus la peka dan sensitif dengan segala perubahan-perubahan dari segitindak tanduk dan segala percakapan isteri. Kadang kala mereka ni bgi hint-hint je nak kata diorang merajuk. Tak cakap terang-terang. Sabar je la kan? 

Itulah dalam rumah tangga. Tapi si isteri tu jangan la dok asyik merajuk saja. Cuba bayangkan dalam seminggu 5 6 kali merajuk, jenuh jugak la si suami tu nak memujuknya kan. Serious cakap lelaki ni agak tak pandai memujuk. Korang jangan nak termakan sangat dengan cerita TV3 setiap hari pukul 7 tu yer. Takde maknenye lelaki nak sweet-sweet sangat segala bagai la. Dan nature bagi seorang lelaki ni kurang memahami. Korang sabor je la. Kalau dapat lelaki yang sweet-sweet macam dalam drama tu harap rezeki korang la. Harap jaga dengan elok. Hehehe.

Ok la sampai di sini. Selamat memjuk isteri-isteri anda di MALAM JUMAAT ni.

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Assalamualaikum semua. Mata ni kan kalau dilayan ngantuknya memang rasa nak tido je seharian. Lebih-lebih lagi waktu pagi hari bekerja. Memang katil dan bantal memanggil-manggil minta digunakan. Kenapa la kita ni mudah sangat mengantuk kan. Korang nak tahu sebab cepat mengantuk? 

5 Sebab Cepat Mengantuk

1. Terlalu banyak bersukan

Sukan dan bersenam sememangnya baik untuk kesihatan. Tetapi jika dalam sehari anda menghabiskan terlalu banyak jam untuk bersukan dan mengabaikan rehat, tubuh anda akan menjadi lelah dan lesu kerana telah membakar kalori yang sangat banyak. Umpama motor, makin kerap digunakan, makin kurang minyak dan akhirnya akan habis.

2. Makan berlebihan

Rasa mengantuk selepas makan adalah normal kerana sistem pencernaan anda sedang bekerja. Tapi jika anda makan terlalu banyak, mengantuk itu akan menjadi luar biasa, mungkin sampai anda tertidur di atas meja kerja. Ini kerana pengambilan kalori yang banyak menyebabkan tubuh anda menjadi malas. Jadi makan berpada-pada!

3. Dehidrasi

Kandungan air yang diperlukan tubuh kita adalah sekitar 60% ke 70% daripada berat tubuh. Jika kurang, ini bermakna anda mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan yang menyebabkan kelesuan. Amalkan minum 1 atau 2 liter sehari. Badan segar, muka pun ceria.

4. Anemia

Anemia ataupun gejala kurang sel darah merah dalam tubuh antara punca anda kerap mengantuk. Kekurangan darah merah menyebabkan badan anda kurang zat besi dan sel darah darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan pun turut berkurang, sehingga menyebabkan anda mengantuk.

5. Isomnia dan Sleep Apnea

Penghidap isomnia biasanya tidak dapat melelapkan mata walaupun dalam keadaan sangat letih dan mengantuk, biasanya disebabkan oleh amalan hidup tidak seimbang seperti merokok, hypertension dan minuman berkafien. Sleep Apnea pula ialah gejala berdengkur yang serius sehingga anda tersedak dalam tidur tanpa sedar.

Kedua-dua gejala ini diklasifikasikan sebagai gangguan tidur yang menyebabkan sistem badan tidak berehat, terutamanya otak dan hormo 

Harus diingat, gaya hidup yang tidak seimbang dalam tempoh masa yang berpanjangan mungkin menjurus ke arah risiko menghidap penyakit amat tinggi, tambahan lagi bagi mereka yang mempunyai tabiat merokok dan minum minuman keras. 

Justeru itu, buanglah amalan hidup yang tidak sihat demi cara hidup yang lebih terjamin.

Sumber - www.khadijahbeautyshop.blogspot.com

With Love
Papaglamz

-sekian-
Terbaca sesuatu yang kelakar dan mungkin boleh jadi kan panduan ni. Hahaha. Macam mana nak tahu Rahsia Lelaki Subur Atau Tidak Dengan Melihat Jari je. Terus I pun nak tengok kat jari sendiri. Korang macam mana? 


Memetik dari artikel Utusan Malaysia keluaran 2014, satu kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang tlebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar. Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.

Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.

Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta. Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara.

Mungkin selepas ini ilmu ini boleh dipraktikkan oleh kaum wanita bagi menentukan tahap "kesuburan" teman lelaki, tunang atau suami? Semoga bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Assalamualaikum semua. Korang sihat semua? PapaG alhamdulillah sihat. Just nak cerita petang tadi di office, tetiba timbul topik pasal nikah menikah ni. Macam-macam la cerita dan pengalaman dikongsi bersama. Almaklum la dalam office PapaG tu ada 4 orang dan PapaG sorang je lelaki. #KauRasa? Satu persoalan yang timbul ialah betul ke lepas nikah suami isteri tidak boleh tidur bersama selagi majlis bersanding belum berlangsung?


Ok la, pada PapaG dalam bab ni ia hanyalah adat semata-mata. Ya, memang PapaG pernah dengar orang-orang lama kat macam ni. Tapi takde sebarang hukum yang menjelas tentang perkara ini kan. Lagipun benda dah halal apa kena pulak la tak boleh nak tidur atau duduk bersama kan?

Mugkin orang-orang kita dulu kan penuh dengan adab sopan kan? Yela, majlis nikah ni kan sudah pasti ramai tetamu dan saudara mara yang datang nak memeriahkan majlis kan. Jadi untuk mengelakkan pengantin lelaki ni malu ataupun tidak selesa mungkin timbulnya satu adat dimana lepas je nikah suami isteri tidak boleh tidur atau tinggal bersama sebelum majlis bersanding berlangsung. Tapi macam mana pula kalau yang nikah dulu beberapa bulan selepas itu baru bersanding? Maaatiii laaaaa kau nak tungggguu. Hahahaha

Macam PapaG kata tadi la kan. Ni adat jer. Macam PapaG, lepas nikah je terus menetap dirumah mertua. Malu tak malu la kan. Rumah kami dekat je. So, bila tetamu dah balik tu I datang semula la ke rumah isteri I. Hahaha. Tak de la, memang mak mertua PapaG pelawa untuk tidur di rumah. So kita ni ala-ala orang yang mengantuk di siring bantal gituuu.

Walau apa pun cara dan adatnya, yang pasti bila korang dah menikah tu korang dah halal dan tak de masalah kalau korang nak tidur bersama ke, duduk satu rumah ke dan sebaganya. Dah HALAL Bbrooo.. Layaaannnnnn....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-